Tuesday 30 August 2016

RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI

[[ RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI ]]

Assalamualaikum w.b.t

Khas untuk anak-anak Perak Jordan.
Sukacitanya memaklumkan bahawa Badan Kebajikan Anak Perak Jordan akan mengadakan Program Ramah Mesra Mahasiswa Bersama Delegasi Perak sempena kedatangan delegasi tersebut ke Jordan.

Delegasi yang akan hadir bagi program ini ialah :
Ustaz Munawir Bin Mohamad Noh
-Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak
Ustaz Musanif Bin Mohamad Noh
-Timbalan Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pendidikan JAIPk

Delegasi ini akan berkunjung ke setiap mantiqah pada :
1. AMMAN - 30/8/2016
2. MU'TAH - 2/9/2016
3. MAFRAQ - 31/8/2016
4. IRBID - 31/8/2016

Makanan disediakan :D

Moh le kite sama-sama memeriahkan program. Jumpe di sana !


UCAPAN SELAMAT DATANG

[[ UCAPAN SELAMAT DATANG ]]

Assalamualaikum w.b.t,

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pelajar-pelajar baru ke bumi Syam. Kami warga Badan Kebajikan Anak Perak Jordan amat berbesar hati menyambut kehadiran kalian.

Semoga kedatangan kalian dapat menambah keceriaan hidup bermasyarakat kita di sini dan memupuk semangat kecintaan kalian menuntut ilmu di tanah yang penuh barakah ini. InsyaAllah.

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::


KEBERANGKATAN PELAJAR BARU KE JORDAN

[[ KEBERANGKATAN PELAJAR BARU KE JORDAN ]]

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pada 29 Ogos 2016 jam 12.30 malam, seramai 9 orang pelajar dari Negeri Perak di bawah Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) telah berlepas ke Jordan bagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Turut mengiringi bersama mereka adalah Ustaz Musanif bin Mohamad Noh, Timbalan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JAIPk . Moga mereka semua selamat tiba dan bersemangat untuk menuntut ilmu di bumi Syam.

:: Ukhuwah Penyatu, Kebajikan No 1 ::




Monday 8 August 2016

JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2016

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, telah berlangsung Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ) di setiap mantiqah di Jordan.


Bertempat di PUSKMA, pada hari Khamis, 21 Julai 2016, BKAPJ telah mengadakan majlis ini dengan gabungan beberapa BKAN yang lain, antaranya BKASJ, IMWIP dan MPKJ. Majlis bermula pada pukul 1.30 hingga 3.30 petang.



Anak-anak Perak Mu'tah 





Manakala di mantiqah Irbid dan Mafraq, majlis ini berlangsung pada hari Jumaat, 22 Julai 2016. Majlis jamuan raya di Mafraq juga merupakan hasil gabungan beberapa BKAN yang lain iaitu BKASJ, PUTRA,BKPJJ, IMWIP dan IMAMJ. Majlis berlangsung dari pukul 2.30 hingga 5.00 petang.






Di Irbid, majlis berlangsung dari pukul 5.30 hingga 7.30 petang.






Kehadiran ahli di seluruh mantiqah amat memberangsangkan. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Perak Jordan, Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita memanfaatkan Aidilfitri ini dengan seribu kemaafan serta menjalin ukhuwwah persahabatan.

Jemput semua ahli singgah laman Facebook rasmi Bkapj : Bkapj Mpmmj
dan laman Instagram rasmi : bkapjordan


:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::


AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...