Saturday 17 March 2018

PERTANDINGAN FOTOGRAFI BKAPJ

 Assalamualaikum wbt,

Seperti yang diwar-warkan pada Kempen Jom Kenali Perak sebelum ini, Biro Publisiti dan Multimedia BKAPJ 17/18 akan mengadakan Pertandingan Fotografi, terbuka kepada semua ahli BKAPJ. Pertandingan ini bertemakan bebas dan pemenang akan diumumkan pada Program Mega BKAPJ pada akhir Mac ini.

Berikut merupakan syarat penyertaan:
1. Muatnaik gambat beserta caption yang menarik dan memberi inspirasi di Facebook.
2. Lengkapkan slogan "Saya Sayang BKAPJ kerana......" (tidak melebihi 15 patah perkataan) beserta hashtag #ukhwahdirasaiBKAPJdihati
3. Tag akaun Facebook rasmi Bkapj Mpmmj.

Tarikh tutup penyertaan: 26 Mac 2018


Jom ramai-ramai sertai pertandingan ini!

Disediakan oleh : Biro Publisiti dan Multimedia
.: Ukhuwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.

MESYUARAT AKHIR SESI PIMPINAN BKAPJ 17/18

Assalamualaikum w.b.t

Tarikh : 9 Mac 2018
Hari : Jumaat
Masa : 2 petang
Tempat : Amman

Semoga para pimpinan sesi ini terus laju melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk beberapa hari yang berbaki sebelum naiknya pimpinan baru nanti. Diharapkan juga BKAPJ bertambah maju dan bermutu untuk sesi-sesi yang akan datang inshaAllah.



Disediakan oleh: Biro Publisiti dan Multimedia
.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati 

GATHERING ANAK PERAK AMMAN 2.0

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pada 7 Mac 2018 yang lalu telah berlangsungnya Gathering Anak Perak Amman yang bertempat di Restoran Bab Yaman, Amman.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan gathering ini.




Disediakan oleh : Biro Publisiti dan Multimedia
.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...