Saturday 1 February 2020

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH



[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ]
Assalamualaikum WBT.
Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah telah mengedarkan keperluan barang asasi kepada semua ahli BKAPJ Mu’tah. Terima kasih diucapkan kepada perwakilan serta semua ahli yang terlibat menjayakan program ini.
Diharapkan barang asasi yang diberikan dapat membantu meringankan perbelanjaan di samping berkongsi kegembiraan bersama ahli BKAPJ semua.
Sekian, Terima Kasih.
Disediakan Oleh: Biro Multimedia & Publisiti
.: UKHUWAH JITU, BKAPJ BERSATU :.

HAFLAH KHIRRIJIN, SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN BKAPJ MAFRAQ




[ HAFLAH KHIRRIJIN, SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN BKAPJ MAFRAQ]

Assalamualaikum WBT.

Pada 23 Disember 2019, BKAPJ dengan kerjasama PUTRA telah mengadakan Haflah Khirrijin, Solat Hajat dan Bacaan Yasin di Bayt Prisma, Mafraq.

Pihak BKAPJ mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang turun memeriahkan majlis ini.

Tahniah Admin ucapkan kepada para graduan! Semoga majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah kita sesama ahli.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh: Biro Publisiti & Multimedia

.: UKHUWAH JITU, BKAPJ BERSATU :.

Thursday 16 January 2020

MAJLIS RAMAH MESRA, SOLAT HAJAT DAN AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE MANTIQAH IRBID






[MAJLIS RAMAH MESRA, SOLAT HAJAT DAN AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE MANTIQAH IRBID]
Pada 23 Disember 2019, telah berlangsung Majlis Ramah Mesra bersama ahli tahun 1 BKAPJ, Solat Hajat sempena peperiksaan nihaie serta Agihan Barang Asasi ‘We Share We Care’ di Bayt Ayyash, Irbid. Majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli di samping memberi bantuan kepada semua ahli dari sudut barang asasi harian.
Terima kasih diucapkan kepada semua ahli BKAPJ Irbid atas kehadiran anda memeriahkan majlis ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal selamanya.
Terima kasih semua.
Disediakan oleh : Biro Multimedia dan Publisiti
.: UKHUWAH JITU, BKAPJ BERSATU :.

Monday 2 December 2019

MESYUARAT AHLI LEMBAGA TADBIR BKAPJ SEPARUH SESI



Assalamualaikum WBT.

Pada 29 November 2019 lalu, ALT BKAPJ telah mengadakan mesyuarat separuh sesi 2019/2020. Alhamdulillah mesyuarat ini berjalan dengan lancar.

Tujuan utama mesyuarat ini diadakan ialah untuk membincangkan masalah ahli BKAPJ di setiap mantiqah dan membentangkan gerak kerja perwakilan di setiap mantiqah. Terima kasih diucapkan kepada ahli dan ALT  BKAPJ kerana memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang separuh sesi ini.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan Oleh: Biro Multimedia & Publisiti

.: UKHUWAH JITU, BKAPJ BERSATU :.

Saturday 23 November 2019

EDARAN TAUTAN KASIH DI MANTIQAH MAFRAQ & IRBID



Assalamualaikum WBT.
Tahniah diucapkan kepada perwakilan Mafraq & Irbid kerana telah mengadakan edaran makanan kepada seluruh ahli BKAPJ di mantiqah masing-masing.
Diharapkan ahli gembira dengan makanan yang lazat.
Teruskan sokongan anda kepada BKAPJ sepanjang masa😁.
Sekian, Terima Kasih.
Disediakan Oleh : Biro Publisiti & Multimedia
.: UKHUWAH JITU, BKAPJ BERSATU :.

Monday 9 September 2019

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA TUAN HAJI MOHD HAIDI B.SULAIMAN

Assalamualaikum WBT.

 Pada 02 Sepetmber 2019 yang lalu, delegasi MAIPk yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Haidi B. Sulaiman telah mengadakan sesi ramah mesra dengan pelajar Perak di Jordan. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak tuan kerana sudi menziarahi kami.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday 3 September 2019

PENGENALAN BKAPJ SESI 2019 / 2020

Assalamualaikum WBT.


Salam kusua pemanis kata,
Langkah utama kini bermula,
Budaya tradisi agung sentiasa,
Hebat pekerti pintar bicara.

Badan Kebajikan Anak Perak Jordan ( BKAPJ ) sesi 2019 / 2020 ingin memperkenalkan kepada anda barisan pimpinan BKAPJ yang baru serta Visi, Misi dan Objektif BKAPJ sesi ini.

Tidak dilupakan jua, kami memperkenalkan kepada anda logo rasmi BKAPJ. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan AMM kami.

Sekia, Terima Kasih.

[ UKHUWAH JITU, BKAPJ BERSATU  ]





Saturday 6 April 2019

KEMPEN KENALI PERAK 2019




Assalamualaikum W.B.T.

  Pada hari ini, kami membawakan kepada anda Kempen Kenali Perak 2019. Kempen ini terdiri dari tiga post utama iaitu sekolah, kedai makan dan kuih tradisional yang popular di Perak. Diharapkan dengan post yang kami lakukan ini dapat menambahkan pengetahuan saudara saudari tentang Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.

Sunday 17 February 2019

FAMILY DAY BKAPJ 2019


Assalamualaikum W.B.T.

 Pada 15 Februari yang lalu, BKAPJ telah berjaya mengadakan Family Day BKAPJ 2019 bertempat di Petra, Jordan. Terima kasih diucapkan kepada ahli mantiqah Amman dan Mafraq yang telah berjaya menguruskan Family Day ini. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara ahli BKAPJ .

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.


Thursday 24 January 2019

MAJLIS HAFLAH KHIRRIJIN & RAIKAN UKHUWAH MANTIQAH AMMAN


Assalamualaikum W.B.T.

Insyaallah pada 2 JUN 2018, satu majlis berbuka puasa dan haflah khirijeen bagi ahli BKAPJ Amman akan diadakan.
Besarlah harapan kami agar semua ahli BKAPJ yang akan khirij dapat menyertai majlis ini.
Moga ini menjadi satu medan pertemuan untuk kita meraikan dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.

Wednesday 9 January 2019

MAJLIS HAFLAH KHIRRIJIN & RAIKAN UKHUWAH MANTIQAH MU`TAH


Assalamualaikum W.B.T.
 Pada hari ini bersamaan 9 Januari 2019, telah diadakan suatu majlis di mantiqah Mu'tah untuk meraikan ahli keluarga baru BKAPJ dan ahli yang telah bergraduasi pada Fasal Awwal 18/19, yang bertempat di Puskma.
Ahamdulillah, perjalanan program telah berjalan dengan lancar dan ukhuwah para ahli dapat dieratkan. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli BKAPJ Mu'tah yang turut serta memeriahkan majlis ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...