Friday 14 August 2015

Carta Organisasi BKAPJ 15/16


CARTA ORGANISASI BKAPJ SESI 2015/2016




AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENASIHAT

AHMAD FAZRUL BIN OSMAN
fb: Ahmad Fazrul

YDP
AHMAD NAEMMUDDEEN BIN ADNAN
fb: AhmadNaem IbnuAdnan II

TYDP
MOHAMAD ABDUL HADI BIN MOHAMAD ZIN
fb: Mohamad Abdul Hadi

NAIB YDP
SITI NURFARAH BT MOHD AZHAR
fb: Siti Nurfarah


SETIAUSAHA AGUNG
MOHD NAIM BIN ROSNI
fb: ᎷᏫᎻᎠ ᏁᎯᎥᎷ ᎡᏫᎦᏁᎥ

TIMB. SETIAUSAHA AGUNG
NUR HUSNA MARDHIAH BINTI AZLAN
fb: Husna Mardhiah

BENDAHARI AGUNG
MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMI
fb: Asyraf Azmi

TIMB. BENDAHARI AGUNG
HANIS NABILAH BINTI RUSLAN
fb: Hanis Nabilah




AHLI MAJLIS EKSEKUTIF


BIRO PENGURUSAN ZAKAT
SYAIFUL ARIF BIN SALEHUDIN
fb: Syaiful Arif

AFIFAH BINTI ULUL AZMIN
fb: Afifah Ulul Azmin

BIRO PEMBANGUNAN EKONOMI
MOHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN AZHAR
fb: Amirul Aiman

NUR NIKMAH BINTI ABDUL HAMID
fb: Nur Nikmah Hamid


BIRO DOKUMENTASI DAN MULTIMEDIA
MOHAMAD SYUKRI BIN SHAMSUDDIN
fb: Mohamad Syukri

NABILAH ATHIRAH BINTI ABIDIN
fb; Semanis Tuffah


PERWAKILAN AMMAN
MEGAT AIMAN HAKIM BIN MEGAT SHARIFFUDIN
fb: Megat Aiman Hakim

PUTERI NURUL SYAZWANI BINTI MEGAT SAHARUDDIN
fb: Puteri Nurul Syazwani

PERWAKILAN MAFRAQ
MUHAMMAD FARHAN BIN SAFIAN
fb: Muhammad Farhan

NAILA SOFEA BINTI ZULKIFLI
fb: Sofea Zulkifli

PERWAKILAN MU'TAH
KHALID MUNIR BIN KAMAL AZHAR
fb: Khalid Munir

RAFIQAH BINTI ZAINAL ABIDIN
fb: Rafiqah Zainal

PERWAKILAN YARMOUK
SYAHMI HAZIQ BIN OSMERA
fb: Syahmi Haziq

NAZIFA BINTI ZULKIFLY
fb: Nazifa Zulkifly

PERWAKILAN JUST
AHMAD RIDHWAN BIN IBRAHIM
fb: Ahmad Ridhwan

FARAH NADIA BINTI OSMAN
fb: Farah Nadia




QUESTIONS & ANSWERS – BIRO ZAKAT

1) Isu sumbangan wang penginapan RM2500

*Siapa yang layak terima ?
–Pemohon yang menerima dermasiswa Maipk dan masih di dalam sesi pengajian adalah layak. Pelajar yang tamat pengajian tetapi masih di Jordan tidak layak.

*Bagaimana dengan penerima SUK yang tidak dapat ?
- Boleh bangkitkan pada SUK untuk naikkan pinjaman. Cadangkan supaya kos sara hidup dijadikan sebagai sumbangan, bukan termasuk dalam pinjaman.

*Apakah syarat kelayakan ?
- Syarat kelayakan adalah sama dengan syarat kelayakan dermasiswa. Syarat keutamaan adalah alamat semasanya di Perak. (layak dipertimbangkan)

*Adakah sumbangan ini berterusan ?
- Ia bukan peruntukan setiap tahun, diberi berdasarkan mengikut keperluan semasa. Cadangan dari Us : kemukakan setiap tahun permohonan sumbangan ini.

*Status kemasukan duit sekarang ini ?
- 100 % telah selesai dimasukkan duit ke dalam akaun penerima.

2) Isu permintaan kenaikan zakat
- Pihak pengurusan Maipk akan membuat kajian berdasarkan keadaan semasa. Buat masa sekarang ini, Maipk memutuskan penerimaan zakat bagi pelajar Jordan masih dikekalkan sebanyak 4 kali dengan jumlah yang sama RM 9000. (kecuali kes2 terpencil, dengan syarat ada surat dari pemohon.)                                                                                                                            
- Bagi pelajar yang masuk ke markaz lughah (Mafraq), boleh senarai pendekkan nama2 tersebut untuk melayakkan terima zakat sebanyak 5 kali.

*Bagaimana dengan pelajar tajsir, adakah boleh dinaikkan juga ?
- Masih dalam perbincangan.

*Bagaimana dengan pelajar yang melebihi 5 tahun tempoh pembelajaran, layak ke untuk menerima zakat?
- ini juga termasuk dalam kes2 terpencil, dengan syarat ada surat rasmi dari pemohon

*Jika tempoh pengajian pelajar tajsir tersebut melebihi dari 2 tahun, adakah masih layak terima zakat ?
- Juga masih dalam perbincangan.

*Bagaimana permohonan zakat bagi pelajar Universiti WISE di peringkat DEGREE ?
-MAIPk telah meluluskan  bantuan bagi setiap pelajar WISE mendapat RM3000.00

*Adakah layak pelajar yang mengikuti markaz lughah sahaja untuk menerima zakat?
- Hanya pelajar yang mengikuti markaz lughah dalam tempoh melebihi 6 bulan sahaja yang layak menerima zakat sebanyak  RM3000.00
                       
3) Isu kelayakan terima zakat bagi mereka yang menyambung Master atau PHD.
- Pada dasar yang asal, penerimaan zakat hanya sampai di peringkat Degree sahaja.Tetapi pada tahun 2011, diperuntukkan sumbangan RM 5000 bagi mereka yang menyambung Master, dengan syarat mendapat pengesahan daripada JPA.


4) Borang dan sistem dermasiswa online
* Saya dah isi banyak kali tetapi tak lengkap.
 - Cuba gunakan internet di tempat yang lain atau gunakan Mozilla Firefox@Windows  Explorer atau bertanyakan terus pada pegawai HEP Mesir
USTAZ MUNAUWIR
+201122141005
dr_awin79@yahoo.co.uk
(PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR MESIR-JORDAN)
Pejabat Perhubungan Pelajar (Asia Barat-Mesir) (Embassy Of Malaysia)
Perak Student’s Hostel
23 HASAN ZAYYED STREET,7TH DISTRICT,NASR CITY, CAIRO ARAB REPUBLIC OF EYGPT

* Status permohonan saya ditulis 'sedang di proses'.
- Ia bermakna sedang dalam semakan dokumen

* Status mesyuarat saya tiada tertulis apa-apa.
- Tunggu sehingga ianya dikemaskini oleh pegawai Maipk.

* Kenapa status mesyuarat saya “PERMOHONAN BARU”
- Bermakna : Permohonan kita masih belum masuk mesyuarat.

* Kawan saya ada yang sudah terima zakat, tapi sebahagian lain masih belum, macam saya.
- Mesyuarat diadakan berperingkat, jadi sebahagian sudah menerima dan sebahagiannya masih menunggu mesyuarat.

* Saya dah isi banyak kali tetapi tak lengkap.
- Cuba gunakan internet di tempat yang lain, atau bertanyakan terus pada pegawai HEP Mesir.

* Permohonan saya gagal, apa perlu saya lakukan.
- Semua keputusan yg dah masuk mesyuarat dan dah ada keputusan tidak dapat ditukar sekelip mata, ianya melalui prosuder. Jadi kena lampirkan surat rayuan daripada pemohon kepada Ceo besertakan sokongan dokumen yang berkaitan untuk mengiyakan sesuatu yg berkaitan, baru pihak Maipk akan menyemak, prosesnya panjang dan dibawa masuk balik mesyuarat, jadi minta pelajar buat surat rayuan yg lengkap dan emailkan kepada Pegawai Hep Mesir, Encik Munawir.

* Bagaimana langkah yang perlu saya ambil bagi membuat rayuan.
Terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon :-
1)      Surat rasmi dari pemohon yang berbentuk individu, ditujukan kepada pihak Maipk melalui Us Munawir. 
* Nyatakan rasional atau sebab kenapa pemohon perlu terima lagi zakat (contoh : jika tangguh pengajian sebab sakit,lampirkan surat daripada doktor).
2)      surat pengesahan pengajian                                    
3)      surah pengesahan pendapatan waris                                               
4)      surat sokongan dari BKAPJ / EMJ (jika tiada tidak mengapa)                        
5)      dan juga dokumen sokongan yang berkaitan dengan pemohon.
Pastikan surat pemohon tidak sama kerana surat ini bertujuan untuk mengetahui permasalahan dan juga punca gagal.

5)Status permohonan dermasiswa online zakat
* Status : Permohonan Baru
 (Bagi permohonan yg telah berjaya didaftarkan)
* Status : Lengkap
 (Bagi permohonan yang telah melalui proses tapisan oleh pegawai MAIPk untuk dibawa ke mesyuarat)
* Status : Tidak Lengkap
 (Pemohonan yang telah ditapis oleh pegawai MAIPk, tetapi masih tidak lengkap. Pemohon perlu melengkapkan permohonan tersebut)
* Status : Lulus
 (Pemohonan anda telah diluluskan oleh mesyuarat)
* Status : Gagal
 (Permohonan anda telah ditolak oleh mesyuarat)
* Status : Lulus Bersyarat
 ( Pemohon telah dikenal pasti telah meminjam daripada agensi lain,seperti SUK ataupun Yayasan.)


Untuk status di paparan utama Dermasiswa Online anda,
terdapat tiga perkara utama yang seharusnya diberi perhatian
1. Status Permohonan
2. Status Tapisan
3. Status Mesyuarat

Status Permohonan: Fasa ini ialah fasa semakan setiap bahagian di dalam borang online zakat.

Status Tapisan: Di peringkat ini, borang anda disemak sama ada lengkap dokumennya, ataupun tidak, jika tidak lengkap borang anda terhalang daripada dibawa ke mesyuarat. Jika lengkap anda selamat kerana borang anda sedang menunggu untuk di bawa ke mesyuarat.

Status Mesyuarat: Merupakan jawapan kepada permohonan anda, sama ada diterima ataupun tidak ataupun tangguh (pihak MAIPk masih menunggu pengesahan daripada pihak lain, jika pemohon ada memohon biasiswa selain daripada pihak MAIPk dan pengesahan syarat-syarat lain seperti tempat tinggal).

Sunday 8 March 2015

Dokumen Pengurusan Zakat 14/15

DOKUMEN PENGURUSAN ZAKAT SESI 14/15



DOKUMEN BAGI PELAJAR BARU

·         SALINAN KAD PENGENALAN
·         SALINAN SIJIL KELAHIRAN
·         SALINAN SIJIL PENGAJIAN (SPM,STAM / STPM / IDADI / THANAWI
 /LAIN-LAIN)
·         SALINAN SURAT TAWARAN / TASDIK KULIAH /
 ISBAT TOLIB (BAHASA INGGERIS)
·         SALINAN KAD PENGENALAN IBU BAPA / PENJAGA
·         SALINAN PENYATA PENDAPATAN IBU BAPA / PENJAGA ATAU
SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN IBU BAPA / PENJAGA DARIPADA KETUA
KAMPUNG / PENGHULU
KAWASAN ATAU PERSATUAN PELAJAR PERAK
·         SALINAN VISA / PASPORT KELUAR NEGARA
·         SALINAN SURAT KEBENARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE
LUAR NEGARA DARI KEMENTERIAN PENDIDIKAN / KERAJAAN MALAYSIA
·         LAIN – LAIN DOKUMEN

DOKUMEN BAGI PELAJAR LAMA
    • TASDIK KULIAH / ISBAT TOLIB (BAHASA INGGERIS)
    • KASYFUL ALAMAH
    • PENYATA GAJI PENJAGA
    • LAIN – LAIN DOKUMEN

STEP PENGURUSAN ZAKAT

Badan yang menjadi penghubung antara pihak MAIPK di Malaysia & ahli BKAPJ dalam urusan Zakat di bawah pengurusan Biro Pengurusan  Zakat sesi
2014/2015

AHLI BADAN KEBAJIKAN ANAK PERAK JORDAN


PIC ZAKAT MANTIQAH
( IRBID – AMMAN –MAFRAQ – MU’TAH )


 BIRO PENGURUSAN ZAKAT BKAPJ


PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR ( TIMUR TENGAH )
ATAU TERUS KE MALAYSIA


MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK MALAYSIA
SELEPAS MESYUARAT DI PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK,KEPUTUSAN KELUAR SAMA ADA
LULUS ATAU GAGAL


A L A M A T   P E N G H U B U N G  :-
PIC ZAKAT MANTIQAH
( IRBID – AMMAN –MAFRAQ – MU’TAH )

BIRO PENGURUSAN ZAKAT BKAPJ
ABDUL HAKIM B NADZRI (
SITI NURFARAH BT MOHD AZHAR (0775477256)

PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR ( TIMUR TENGAH )
USTAZ MUNAUWIR
+201122141005
(PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR MESIR-JORDAN)
Pejabat Perhubungan Pelajar (Asia Barat-Mesir) (Embassy Of Malaysia)
Perak Student’s Hostel
23 HASAN ZAYYED STREET,7TH DISTRICT,NASR CITY, CAIRO ARAB REPUBLIC OF EYGPT.

MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK MALAYSIA
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
Tel. No : 05-2084000     Fax. No: 05-2414257

ENCIK AZRIL
+60195518787
(PEGAWAI URUSAN TEKNIKAL BORANG SISTEM ONLINE)

PUAN SYUKRIAH
+6052084085

(PEGAWAI URUSAN ZAKAT : CEK STATUS ZAKAT PEMOHON)

Skim At-Taawun




Skim Taawun 2015/2016



Skim Taawun 2014/2015


Thursday 5 March 2015

Pengenalan BKAPJ

SEJARAH AWAL BKAPJ

Pada 17 Februari 1995M satu badan penaja telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh saudara Ahmad Husni Hj Hassan bagi merangka draf perlembagaan dan penubuhan satu persatuan rasmi bagi pelajar-pelajar anak Perak di Jordan. Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak badan penaja dalam merangka draf perlembagaan dan dasar persatuan yang bakal ditubuh nanti sehingga memakan masa hampir satu tahun tiga bulan.

Akhirnya, badan penaja dapat merealisasikan impian setiap pelajar anak Perak untuk melihat satu persatuan rasmi yang telah dipersetujui namanya dengan Ikatan Mahasiswa Perak Jordan dengan ringkasannya IMPJ. Persatuan ni telah ditubuhkan secara rasmi pada 4 Mei 1996M bersamaan 15 Zulkaedah 1416H pada hari Khamis bertempat di Dewan Khalil bin Ahmad Farahidi di University of Jordan iaitu hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan IMPJ.

IMPJ ni bermotokan ‘Berilmu, Beramal dan Bertaqwa. OIeh yang demikian, adalah menjadi dasar utama IMP kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalankan pengurusan dalam segala hal yang berkaitan kebajikan dan akademik para pelajar Perak berlunaskan kesyumulan Islam. Selain itu, matlamat penubuhan IMP ini ialah :

(I) Sebagai badan penggalak kepada para pelajar Perak di Malaysia untuk menyambung pelajaran di Jordan.
(ii) Meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar Perak.
(iii) Mengeratkan tali persaudaraan dan semangat muhibbah dalam kalangan pelajar.
(lv) Menjaga kebajikan pelajar Perak di Jordan.

Nama pertubuhan terpaksa ditukarkan , sekali lagi IMP bersalin nama kepada Badan Kebajikan Anak Perak Jordan atau ringkasnya BKAPJ dalam Bahasa Melayu. Nama ni telah memenuhi salah satu kreateria syarat sebagai pertubuhan rasmi . Seterusnya para ahli telah mengarahkan urusan pengiktirafan ni kepada jawatankuasa Penaja BKAPJ dalam merangka sekali lagi draf penlembagaan BKAPJ tanpa membuat pembubaran IMP. Tindakan ni dilakukan sebagai menghargai sumbangan perintis IMP yang telah menyatupadukan anak-anak Perak di Jordan dalam sebuah keluarga.

Maka dengan itu, Mesyuarat Agung Penubuhan BKAPJ telah diadakan secara rasmi pada tarikh 19 Jun 1999M bersamaan 6 Rabi’ul Awal 1420 hijrah pada hari Sabtu. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengesahkan draf perlembagaan untuk menjadi dustur BKAPJ. Struktur organisasi BKAPJ telah diperkemaskini agar Iebih teratur dan terancang dalam menjalankan khidmat kebajikan kepada ahli.


OBJEKTIF

BKAPJ menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan dan panduan utama dalam melaksanakan objektif utama penubuhan ni iaitu :

1) Memberi khidmat kebajikan kepada ahli BKAPJ.
2) Menyatukan Mahasiswa Islam Perak dalam satu persatuan.
3) Bertindak sebagai badan penggerak ke arah kecermerlangan ahli dalam semua bidang.
4) Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli.
5) Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain.


MOTTO

“Berilmu Beramal Bertaqwa”

Gabungan tiga elemen penting dalam setiap individu muslim yang sebenar iaitu ilmu, amal dan taqwa. Ia juga melambangkan misi dan visi setiap mahasiswa dan mahasiswi Perak yang datang untuk menimba llmu dan pulang untuk berbakti kepada masyarakat.


KEAHLIAN

Keahlian terbahagi kepada 3 iaitu Ahli Rasmi, AhIi Bersekutu serta Ahli Kehormat. Skop keahlian adalah seperti berikut:

Ahli Rasmi
1) Setiap pelajar muslim di Jordan yang berumur tidak kurang dari 15 tahun.
2) Lahir atau menetap di Perak.
3) Tidak menjadi ahli tetap kepada Badan Kebajikan Anak Negeri lain.

AhIi Bersekutu
1) Pelajar-pelajar yang bukan dari negeri Perak yang berkahwin dengan ahli rasmi Perak.
2) Setiap ahli tetap Badan Kebajikan Anak Negeri lain yang lahir atau menetap di Perak.

Ahli Kehormat
1) Setiap ahli BKAPJ yang telah tamat pengajian dan ingin meneruskan keahliannya.
2) Suami atau isteri ahli rasmi yang bukan pelajar.


ORGANISASI

Struktur organisasi BKAPJ terdiri daripada Ahli Majli Tertinggi serta AhIi Badan Pentadbiran. Ahli Majlis tertinggi di ketuai oleh searang Presiden dan 7 jawatan lagi dibawahnya. Manakala Ahli Badan Pentadbir pula pada asalnya terdiri daripada Biro-biro yang mana kini ditukar mengikut kesesuaian pada setiap sesi. Selain daripada itu terdapat juga Lembaga Penasihat bagi Ahli Majlis Tertinggi serta Ahli Badan Pentadbir BKAPJ.

Lembaga Penasihat
(Terdiri dari kalangan mahasiswa dan mahasisiwi yang dipilih)

Ahli Majlis Tertinggi
Presiden (siswa)
Timbalan Presiden (siswa)
Naib Presiden (siswi)
Setiausaha Agung (siswa)
Timbalan Setiausaha Agung (siswa)
Naib Setiausaha Agung (siswi)
Bendahari Agung (siswa)
Timbalan Bendahari Agung (siswi)


AKTIVITI SERTA PROGRAM

BKAPJ juga banyak menjalankan aktiviti serta program berdasar dan berteraskan kebajikan kepada anak-anak Perak yang berada di Jordan. Aktiviti dan program merangkumi program-program ilmiah seperti forum, ceramah, kursus dan sebagainya. Aktiviti luaran turut menjadi agenda aktiviti kami seperti mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat bersejarah, sukaneka dan pelbagai lagi aktiviti luaran. Objektif kami supaya setiap ahli bukan sahaja menjadi mahasiswa yang hebat di bidang akademik malah mempunyai fikiran yang matang dan bernas bersesuaian dengan cabaran yang bakal mereka tempuhi sebagai mahasiswa dan mahasiswi muslim abad baru.


HUBUNGAN


Sehingga ke hari ni BKAPJ telah mengadakan hubungan dengan beberapa Badan Kebajikan Anak Negeri yang lain di Jordan serta Persatuan Mahasiswa Malaysia di universiti-universiti tempatan (Jordan). Hubungan rasmi juga telah dijalinkan di antara pihak persatuan dan juga pihak Majlis Jabatan Agama Islam Perak serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semenjak mula ditubuhkan lagi. Selain dari itu, BKAPJ berharap supaya di masa-masa yang akan datang hubungan dua hala dapat dijalinkan dengan persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia di Timur Tengah juga di Malaysia sendiri serta di seluruh dunia agar dapat bertukar maklumat serta pengalaman untuk dikembalikan kepada ahli sebagai satu sumbangan. BKAPJ juga merupakan Badan Kebajikan Anak Negeri yang disatukan di bawah bumbung Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM).

Saturday 10 January 2015

Carta Organisasi BKAPJ 14/15

CARTA ORGANISASI BKAPJ SESI 2014/2015




AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENASIHAT
ABDUL HANNAN BIN OMAR
fb: Abdul Hannan

YDP
AHMAD FAZRUL BIN OSMAN
fb: Ahmad Fazrul

TYDP
MUHAMMAD AKMAL BIN ABDUL RASHID
fb: Save Step

NAIB YDP
NORAIN SOFIA BINTI RIDZUAN
fb: NorAin Sofia Riduan


SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD SOLIHIN BIN MOHD SUHAIMI
fb: Solihin Suhaimi

TIMB. SETIAUSAHA AGUNG
AFAF ALIAH BINTI MOHD JAMIL
fb: Along Aliah


BENDAHARI AGUNG
WAN MUHAMMAD SYAHMI NAQIUDDIN BIN MOHD AZIZIM
fb: Syahmi Naqiuddin

TIMB. BENDAHARI AGUNG
FARHAN NAJWA BINTI AHMAD YASIN
fb: Farhan Najwa




AHLI MAJLIS EKSEKUTIF


BIRO PENGURUSAN ZAKAT
ABDUL HAKIM BIN MOHAMMAD NAZDRI
fb: Abdul Hakim

SITI NURFARAH BINTI MOHD AZHAR
fb: Siti Nurfarah


BIRO PEMBANGUNAN EKONOMI
AQMALIE IMAN BIN JALALUDIN
fb: Aqmalie Iman

NURAQILAH BINTI AHMAD
fb: Aqilah Ahmad


BIRO DOKUMENTASI DAN MULTIMEDIA
AMIRUL IMRAN BIN ARSHAD
fb: An Arshad

NABILAH ATHIRAH BINTI ABIDIN
fb; Nabilah Athirah


PERWAKILAN AMMAN
MOHAMAD FIRDAUS BIN MAT DIN
fb: Firdaus Mat Din

NOOR SHUHADA BINTI MUHAMAD RAMLI
fb: Shuhada Ramli

PERWAKILAN MAFRAQ
MUHAMMAD ASYRAF BIN AZMI
fb: Asyraf Azmi

HANIS NABILAH BINTI RUSLAN
fb: Hanis Nabilah

PERWAKILAN MU'TAH
MUHAMMAD NOR MANSOR BIN M.SALEH
fb: AL-Iman Ibnu Saleh

MA NUR HAJAR BINTI MEOR AZIZ
fb: Ma Nur Hajar

PERWAKILAN YARMOUK
MUHAMMAD ELMAN BIN AHMAD NAZRI
fb: ELman NazRi

NUR HUSNA MARDHIAH BINTI AZLAN
fb: Husna Mardhiah

PERWAKILAN JUST
NOR HAKIMAH BINTI MOHD HARDI
fb: Nor Hakimah Hardi

NURUL AQILAH BINTI ZAIDIN
fb: Aqilah Zaidi







AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...