Thursday, 21 December 2017

MAJLIS BUAL BICARA DAN RAMAH MESRA

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pada oktober yang lalu, telah diadakan majlis bual bicara dan penyampaian sumbangan zakat fisabilillah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kepada pelajar-pelajar Perak di Jordan.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBRS. DR. AMIRUDDIN BIN MUHAMED, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak.

Berikut merupakan butiran program:

Tarikh: 19 Oktober 2017
Hari: Khamis
Masa: 6.30 malam
Tempat: Qasr Lubnan, Jerash








Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.

UCAPAN PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana perjalanan 5 orang anak-anak Perak ke bumi Jordan untuk melanjutkan pelajaran telah selamat sampai ke destinasi yang dituju. Penerbangan tersebut adalah pada hari Rabu 30 Ogos 2017, dan telah diiringi oleh Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk, Ustaz Zulkhairi.

Oleh itu, kami amat berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaann kepada pihak-pihak yang berikut :

1. Kepada Ustaz Zulkhairi, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk kerana sudi menjadi pengiring dan sudi melawat anak-anak Perak yang berada di Jordan.

2. Kepada pihak Smb Irbid kerana bersusah-payah menguruskan segala urusan pelajar-pelajar baru di Irbid.

3. Kepada pihak Permata Jordan kerana sudi menerima kehadiran ustaz sebagai tetamu sepanjang Sambutan Aidil Adha tahun ini.

4. Kepada semua pihak yang terlibat, samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan dan melancarkan urusan ini.









Semoga segala susah-payah dan pengorbanan yang dilakukan mendapat ganjaran dan keberkatan di sisi Allah swt. Semoga juga, semua anak-anak Perak yang masih menuntut ilmu di sini semakin bersemangat dan dapat mengekalkan momentum untuk terus berjihad dalam perjuangan menuntut ilmu.

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.

Wednesday, 20 December 2017

KETIBAAN MAHASISWA BARU

Ahlan Wasahlan wamarhaban bikum :)

Tanggal 31 bulan 8 2017, seramai 4 orang mahasiswa di bawah tajaan JAI Perak dan persendirian telah selamat tiba di QAIA, Jordan. Mereka disambut oleh Presiden MPMMJ dan Presiden PERMAI serta AJK pelaksana SMB Irbid.

Selamat datang ke Jordan diucapkan buat mahasiswa-mahasiswa baru dari negeri Perak. Kami dari pihak BKAPJ berbesar hati mengalu-alukan kedatangan kalian sebagai keluarga baru di sini. Moga dipermudahkan segala urusan.

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.



HAPPY NATIONAL DAY

Assalamualaikum wbt

Happy 60th Independence Day, Malaysians! 60 years worth of hard work for another 60 years of prosperity, development and a better Malaysia! 

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.




MERDEKA!

UCAPAN SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BARU 17/18

Assalamualaikum w.b.t,

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pelajar-pelajar baru ke bumi Syam. Kami warga Badan Kebajikan Anak Perak Jordan amat berbesar hati menyambut kehadiran kalian.

Semoga sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah selalu dan selamat mengutip mutiara ilmu di bumi Urdun :)



.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.

KENALI BKAPJ 17/18

Assalamualaikum wbt.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Jemput luangkan masa bagi semua anak-anak perak untuk membaca Logo BKAPJ beserta keterangannya, Sejarah Penubuhan BKAPJ, Visi & Misi, Motto & Objektif yang dibawa oleh BKAPJ dan juga Carta Organisasi Ahli Majlis Mesyuarat BKAPJ sesi 17/18.

Semoga bermanfaat.









MAJLIS BERBUKA PUASA BKAPJ 2017

Assalamualaikum wbt

Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang lepas, pihak Badan Kebajikan Anak Perak Jordan telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa BKAPJ, julung-julung kalinya yang akan diadakan di Malaysia!

Majlis ini terbuka kepada seluruh ahli BKAPJ, yang pulang bercuti di Malaysia, dan semua Alumni BKAPJ sejak dari awal penubuhan BKAPJ.

Berikut adalah maklumat program :-

Tarikh: 23/6/2017
Hari: Jumaat
Tempat: Restoran Hadramaut Paradise, Kinta Riverfront, K1, Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak.
Masa: 5.00 petang

"The present of others that matters"






Selamat memanfaatkan Ramadhan yang berbaki :)

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.



ZIARAH MAHABBAH KHIRRIJEEN MANTIQAH IRBID

 Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pada 14 hingga 31 Mei yang lalu, telah berlangsungnya Ziarah Mahabbah pimpinan BKAPJ Irbid ke rumah-rumah khirrijeen di mantiqah Irbid yang terdiri daripada pelajar Universiti Yarmouk dan JUST.

Tujuan Ziarah Mahabbah ini dijalankan adalah untuk menyantuni para senior yang akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara pimpinan dan ahli BKAPJ di mantiqah Irbid khususnya.


























Akhir kata, tahniah diucapkan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang serta selamat berbakti di tanah air.

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.


PERTANDINGAN FOTOGRAFI BKAPJ

 Assalamualaikum wbt, Seperti yang diwar-warkan pada Kempen Jom Kenali Perak sebelum ini, Biro Publisiti dan Multimedia BKAPJ 17/18 ak...