Saturday 25 March 2017

Borang Usul dan Cadangan

[ROAD TO MAT BKAPJ KALI KE 19]

BUKU LAPORAN AKTIVITI DAN KEWANGAN & BORANG USUL DAN CADANGAN

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk pengetahuan semua, kurang seminggu sahaja lagi, kita akan berhimpun bagi Mesyuarat Agung Tahunan BKAPJ kali ke 19.

Justeru, pihak MAT ingin untuk membuka tempahan kepada ahli yang inginkan buku laporan aktiviti dan kewangan. Kami juga berbesar hati untuk mengumpul segala usul dan cadangan daripada kalian sebagai penambahbaikan pentadbiran BKAPJ sesi hadapan.



USUL ialah sebarang perkara berkaitan perlembagaan BKAPJ dari segi pindaan, tambahan dan sebagainya.

CADANGAN ialah sebarang cadangan penambahbaikan umum untuk BKAPJ dan tidak berkait dengan perlembagaan.

( BUKU LAPORAN & BORANG USUL DAN CADANGAN )

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd-ok5w-OwmXUxPYCGwzALQIk0JfrJWCDexcDYmWv2LlWJc0A/viewform

Di sini kami sertakan sekali, perlembagaan BKAPJ untuk rujukan kalian.

https://www.dropbox.com/s/l6s6cv7cwsqxyih/Perlembagaan-BKAPJ-TERKINI-akhir-kemaskini-9-MAC.pdf?dl=0

Jumpa anda di sana!
Terima kasih.

"SINERGI KESATUAN MENUJU PERUBAHAN"
"UKHWAH PENYATU KEBAJIKAN NO 1"

Jamuan Bkapj Irbid

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah berlangsungnya Jamuan Akhir sesi Ahli BKAPJ bagi mantiqah Irbid pada tarikh 25 Mac 2017 yang bertempat di Kelanthai Delight.

Terima kasih kepada semua anak Perak Irbid yang sama-sama hadir bagi memeriahkan jamuan kita tadi. Semoga ukhwah kita sesama anak Perak sentiasa terjalin erat.







Dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan acara jamuan tadi.

Segala kekurangan daripada pihak kami harap dimaafkan.

::Ukhuwah Penyatu, Kebajikan No 1::

Saturday 11 March 2017

Mesyuarat Muhasabah Akhir Sesi Pimpinan Bkapj 16/17

[[ Mesyuarat Muhasabah Akhir Sesi Pimpinan Bkapj 16/17 ]]

Tarikh : 10 Mac 2017
Hari : Jumaat
Masa : 2 petang
Tempat : Rumah Operasi BKAPJ, Amman



Semoga para pimpinan sesi ini terus laju melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk beberapa hari yang berbaki sebelum naiknya pimpinan baru nanti. Diharapkan juga Bkapj bertambah maju dan bermutu untuk sesi-sesi yang akan datang inshaallah. Buat para pimpinan baru, laksanakanlah yang terbaik, dan semoga Allah menilai dengan nilaian yang baik-baik sahaja.

:)

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

Thursday 2 March 2017

SELAMAT BERKEMPEN

[[ BIRO DOKUMENTASI DAN MULTIMEDIA ]]

Kami ingin mengucapkan jutaan tahniah buat semua ahli Bkapj yang tercalon untuk pilihanraya BKAPJ kali ini. Hakikatnya, segala apa yang berlaku adalah yang terbaik yang telah Allah swt aturkan buat kita semua.

Selamat berkempen secara sihat. Dan semoga segala usaha yang dilakukan dikira sebagai saham, mendapat keredhaan dan keberkatan daripada-Nya. Insyaallah.



:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...