Friday 25 November 2016

It's our Syitak :)

Asslamualaikum wbt.

Apa khabar anak-anak Perak semua? Harapnya semua berada di tahap kesihatan yang memberangsangkan. Memandangkan musim sejuk sudah mula menonjolkan diri, kami ingin menyampaikan sedikit pesanan dan tips untuk menghadapi musim sejuk kepada semua :-

1. Amalkan minum minuman yang panas.
2. Mandi dengan air suam.
3. Pastikan badan anda dilap sehingga kering sebelum keluar dari bilik air.
4. Berpakaian tebal dan selesa.
5. Sentiasa membasuh tangan untuk elakkan sebarang jangkitan kuman.
6. Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Tingkatkan pengambilan air untuk membuang toksin.
8. Tidur awal dan bangun sebelum subuh untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.





Selamat menghadapi musim sejuk!


:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

Sunday 6 November 2016

TAAWUN

[[ TAAWUN ]]

Assalamualaikum,

BKAPJ 2016/2017 menyeru kepada kepada sahabat-sahabat untuk menyumbang wang kepada unit Taawun. Wang dalam unit Taawun insya Allah akan diberikan semula kepada sahabat-sahabat kita yang kurang bernasib baik sama ada dalam bentuk pinjaman atau sumbangan. Oleh itu, jangan buang masa lagi yeop ! Mari menyumbang !!



*sumbangan wang anda boleh diserahkan kepada perwakilan mantiqah masing-masing
*segala persoalan boleh ditanyakan kepada Akh Megat Aiman Hakim.

:: Ukhuwah Penyatu, Kebajikan No.1 ::

Muhasabah Separuh Sesi Pimpinan BKAPJ 16/17

4 NOVEMBER 2016 || Jumaat || Rumah BKAPJ, Amman

Alhamdulillah, telah selesai mesyuarat muhasabah antara pimpinan BKAPJ untuk separuh sesi yang telah berlalu.



Diharapkan, untuk separuh sesi lagi yang berbaki, sama-sama terus menggalas amanah dan tanggungjawab dengan ikhlas dan bersemangat, demi kebaikan BKAPJ bersama.

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

DIRGAHAYU TUANKU :)

Assalamualaikum wbt.

Sempena ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah, kami mengucapkan semoga Tuanku sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah Taala.

Dirgahayu Tuanku :)



:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...