Sunday 29 May 2016

HAFLAH KHIRRIJIN 2016


Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah, Haflah untuk para khirrijin dan khirrijat anak Perak Jordan telah diadakan dengan jayanya.

Bertarikh 7 Mei 2016 di mantiqah Irbid, dan 21 Mei 2016 di mantiqah Mafraq dan Mu'tah, selesai sudah perjuangan anak-anak Perak Jordan yang sudah bertahun-tahun berusaha, bertungkus lumus dalam perjuangan menuntut ilmu di Bumi Syam ini.


Para khirrijin Mu'tah

 Para khirrijat Mu'tah

Syabab yang menghadiri majlis di Irbid 

Warga Mafraq

 Para khirrijat Mafraq

 Akhawat Irbid yang hadir


Dengan ini, kami mewakili seluruh ahli Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ) mengucapkan ribuan tahniah dan penghargaan kepada semua ahli yang telah berjaya menamatkan perjuangan di sini dan akan pulang ke tanah air tidak lama lagi.

Semoga, perjuangan kalian tidak hanya terhenti di sini. Teruslah menyumbang dan berjuang untuk kebaikan seluruh manusia umumnya, dan seluruh anak Perak khususnya.

Sumber gambar : Album BKAPJ


AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...