Wednesday, 20 December 2017

ZIARAH MAHABBAH KHIRRIJEEN MANTIQAH IRBID

 Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pada 14 hingga 31 Mei yang lalu, telah berlangsungnya Ziarah Mahabbah pimpinan BKAPJ Irbid ke rumah-rumah khirrijeen di mantiqah Irbid yang terdiri daripada pelajar Universiti Yarmouk dan JUST.

Tujuan Ziarah Mahabbah ini dijalankan adalah untuk menyantuni para senior yang akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan antara pimpinan dan ahli BKAPJ di mantiqah Irbid khususnya.


























Akhir kata, tahniah diucapkan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang serta selamat berbakti di tanah air.

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.


UCAPAN TAHNIAH KHIRRIJEEN MANTIQAH AMMAN

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak Badan Kebajikan Anak Perak Jordan sesi 2017/2018 ingin mengucapkan tahniah kepada para graduan anak Perak dari mantiqah Amman yang telah bergraduasi pada sem 2 2017.

Semoga kejayaan yang diperolehi bermanfaat untuk diri, keluarga dan anak bangsa.





.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.


HAFLAH KHIRRIJEEN MAFRAQ


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, pada 12 Mei 2017 yang lalu, telah berlangsungnya Haflah Khirrijeen bagi Anak Perak yang berada di mantiqah Mafraq yang akan bergraduasi pada sem ini bertempat di Bayt Prisma, Mafraq.

Program ini berjaya dijalankan dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ), Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Jordan (IMAMJ), dan Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan.

Terima kasih diucapkan kepada ahli keempat-empat BKAN yang turut memeriahkan majlis ini.








Selamat pulang berbakti kepada ummah buat para khirrijeen, bagi yang masih belajar, selamat meneruskan perjuangan di bumi barakah ini.

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.

HAFLAH KHIRIJIN MANTIQAH MU'TAH 17/18

Berakhir sudah sebuah perjalanan, 
Menjadi penamat sebuah pengembaraan,
Begitulah lumrah dalam kehidupan,
Berakhir pertemuan dengan perpisahan.
Hari : Jumaat
Tarikh : 12/5/2017 
Masa : 2pm 
Tempat : Bayt K.L.I.A.S

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ di Hati :.

















Sunday, 30 April 2017

Mesyuarat Pertama Pimpinan BKAPJ 17/18

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah telah selesai mesyuarat pertama bagi kesemua pimpinan Bkapj bagi sesi kali ini. Mesyuarat AMT diadakan pada sebelah pagi dan mesyuarat bersama AMM Bkapj diadakan pada sebelah petang.

Tarikh : 28 April 2017
Hari : Jumaat
Tempat : Rumah Operasi BKAPJ, Amman, Jordan

BARISAN AMT SESI 16/17 DAN 17/18


Sehubungan dengan itu, bermulalah tanggungjawab sebagai pimpinan di atas bahu mereka secara rasminya. Diharapkan para pimpinan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Buat para ahli, sentiasalah memberi sokongan dan kerjasama kepada mereka, kerana kita semua satu keluarga.

Saturday, 25 March 2017

Borang Usul dan Cadangan

[ROAD TO MAT BKAPJ KALI KE 19]

BUKU LAPORAN AKTIVITI DAN KEWANGAN & BORANG USUL DAN CADANGAN

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk pengetahuan semua, kurang seminggu sahaja lagi, kita akan berhimpun bagi Mesyuarat Agung Tahunan BKAPJ kali ke 19.

Justeru, pihak MAT ingin untuk membuka tempahan kepada ahli yang inginkan buku laporan aktiviti dan kewangan. Kami juga berbesar hati untuk mengumpul segala usul dan cadangan daripada kalian sebagai penambahbaikan pentadbiran BKAPJ sesi hadapan.



USUL ialah sebarang perkara berkaitan perlembagaan BKAPJ dari segi pindaan, tambahan dan sebagainya.

CADANGAN ialah sebarang cadangan penambahbaikan umum untuk BKAPJ dan tidak berkait dengan perlembagaan.

( BUKU LAPORAN & BORANG USUL DAN CADANGAN )

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd-ok5w-OwmXUxPYCGwzALQIk0JfrJWCDexcDYmWv2LlWJc0A/viewform

Di sini kami sertakan sekali, perlembagaan BKAPJ untuk rujukan kalian.

https://www.dropbox.com/s/l6s6cv7cwsqxyih/Perlembagaan-BKAPJ-TERKINI-akhir-kemaskini-9-MAC.pdf?dl=0

Jumpa anda di sana!
Terima kasih.

"SINERGI KESATUAN MENUJU PERUBAHAN"
"UKHWAH PENYATU KEBAJIKAN NO 1"

Jamuan Bkapj Irbid

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah berlangsungnya Jamuan Akhir sesi Ahli BKAPJ bagi mantiqah Irbid pada tarikh 25 Mac 2017 yang bertempat di Kelanthai Delight.

Terima kasih kepada semua anak Perak Irbid yang sama-sama hadir bagi memeriahkan jamuan kita tadi. Semoga ukhwah kita sesama anak Perak sentiasa terjalin erat.







Dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan acara jamuan tadi.

Segala kekurangan daripada pihak kami harap dimaafkan.

::Ukhuwah Penyatu, Kebajikan No 1::

Saturday, 11 March 2017

Mesyuarat Muhasabah Akhir Sesi Pimpinan Bkapj 16/17

[[ Mesyuarat Muhasabah Akhir Sesi Pimpinan Bkapj 16/17 ]]

Tarikh : 10 Mac 2017
Hari : Jumaat
Masa : 2 petang
Tempat : Rumah Operasi BKAPJ, Amman



Semoga para pimpinan sesi ini terus laju melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk beberapa hari yang berbaki sebelum naiknya pimpinan baru nanti. Diharapkan juga Bkapj bertambah maju dan bermutu untuk sesi-sesi yang akan datang inshaallah. Buat para pimpinan baru, laksanakanlah yang terbaik, dan semoga Allah menilai dengan nilaian yang baik-baik sahaja.

:)

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

Thursday, 2 March 2017

SELAMAT BERKEMPEN

[[ BIRO DOKUMENTASI DAN MULTIMEDIA ]]

Kami ingin mengucapkan jutaan tahniah buat semua ahli Bkapj yang tercalon untuk pilihanraya BKAPJ kali ini. Hakikatnya, segala apa yang berlaku adalah yang terbaik yang telah Allah swt aturkan buat kita semua.

Selamat berkempen secara sihat. Dan semoga segala usaha yang dilakukan dikira sebagai saham, mendapat keredhaan dan keberkatan daripada-Nya. Insyaallah.



:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...