Monday, 9 September 2019

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA TUAN HAJI MOHD HAIDI B.SULAIMAN

Assalamualaikum WBT.

 Pada 02 Sepetmber 2019 yang lalu, delegasi MAIPk yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Haidi B. Sulaiman telah mengadakan sesi ramah mesra dengan pelajar Perak di Jordan. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak tuan kerana sudi menziarahi kami.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, 3 September 2019

PENGENALAN BKAPJ SESI 2019 / 2020

Assalamualaikum WBT.


Salam kusua pemanis kata,
Langkah utama kini bermula,
Budaya tradisi agung sentiasa,
Hebat pekerti pintar bicara.

Badan Kebajikan Anak Perak Jordan ( BKAPJ ) sesi 2019 / 2020 ingin memperkenalkan kepada anda barisan pimpinan BKAPJ yang baru serta Visi, Misi dan Objektif BKAPJ sesi ini.

Tidak dilupakan jua, kami memperkenalkan kepada anda logo rasmi BKAPJ. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan AMM kami.

Sekia, Terima Kasih.

[ UKHUWAH JITU, BKAPJ BERSATU  ]





Saturday, 6 April 2019

KEMPEN KENALI PERAK 2019




Assalamualaikum W.B.T.

  Pada hari ini, kami membawakan kepada anda Kempen Kenali Perak 2019. Kempen ini terdiri dari tiga post utama iaitu sekolah, kedai makan dan kuih tradisional yang popular di Perak. Diharapkan dengan post yang kami lakukan ini dapat menambahkan pengetahuan saudara saudari tentang Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.

Sunday, 17 February 2019

FAMILY DAY BKAPJ 2019


Assalamualaikum W.B.T.

 Pada 15 Februari yang lalu, BKAPJ telah berjaya mengadakan Family Day BKAPJ 2019 bertempat di Petra, Jordan. Terima kasih diucapkan kepada ahli mantiqah Amman dan Mafraq yang telah berjaya menguruskan Family Day ini. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ukhuwah antara ahli BKAPJ .

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.


Thursday, 24 January 2019

MAJLIS HAFLAH KHIRRIJIN & RAIKAN UKHUWAH MANTIQAH AMMAN


Assalamualaikum W.B.T.

Insyaallah pada 2 JUN 2018, satu majlis berbuka puasa dan haflah khirijeen bagi ahli BKAPJ Amman akan diadakan.
Besarlah harapan kami agar semua ahli BKAPJ yang akan khirij dapat menyertai majlis ini.
Moga ini menjadi satu medan pertemuan untuk kita meraikan dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.

Wednesday, 9 January 2019

MAJLIS HAFLAH KHIRRIJIN & RAIKAN UKHUWAH MANTIQAH MU`TAH


Assalamualaikum W.B.T.
 Pada hari ini bersamaan 9 Januari 2019, telah diadakan suatu majlis di mantiqah Mu'tah untuk meraikan ahli keluarga baru BKAPJ dan ahli yang telah bergraduasi pada Fasal Awwal 18/19, yang bertempat di Puskma.
Ahamdulillah, perjalanan program telah berjalan dengan lancar dan ukhuwah para ahli dapat dieratkan. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli BKAPJ Mu'tah yang turut serta memeriahkan majlis ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.

Friday, 28 December 2018

MAJLIS RAIKAN UKHUWAH & HAFLAH KHIRRIJIN MANTIQAH IRBID




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, pada 28 Disember 2018 yang lalu, telah berlangsungnya Haflah Khirrijin bagi Anak Perak yang berada di mantiqah Irbid yang akan bergraduasi pada sem ini dan sem hadapan bertempat di Bayt Safa, Syimali, Irbid.
Terima kasih diucapkan kepada ahli BKAPJ yang sudi meluangkan masa untuk turut memeriahkan majlis ini.
Selamat pulang berbakti kepada ummah buat para khirrijeen, bagi yang masih belajar, selamat meneruskan perjuangan di bumi barakah ini.

Sekian, Terima Kasih.
.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.


Friday, 21 December 2018

MAJLIS KHAFLAH KHIRRIJIN & RAIKAN UKHUWAH MAFRAQ




Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah bersempena dengan ucapan tahniah kepada khirrijin,serta meraikan ahli BKAPJ baru, insya-Allah BKAPJ  akan mengadakan haflah khirrijin sekaligus solat hajat untuk persiapan Imtihan Nihaie untuk anak-anak Perak di mantiqah Mafraq.
Moh le kome ghamei-ghamei memeghiyohkan majlis kita Sabtu ini.

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.


Thursday, 25 October 2018

MAJLIS RAMAH MESRA YB ASMUNI BIN AWI

Assalamualaikum W.B.T.

Pada 22 Oktober 2018, satu majlis ramah mesra antara wakil kerajaan Negeri Perak, YB Asmuni Bin Awi dan mahasiswa Jordan telah diadakan. Terima kasih diucapkan kepada YB atas kesudian beliau menziarahi dan mendengar suara anak Perak di Jordan ini, sekaligus melakukan penambahbaikan pada beberapa perkara.

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.

Thursday, 11 October 2018

AHLI LEMBAGA TADBIR BKAPJ 2018/2019 & MESYUARAT ALT



Assalamualaikum W.B.T.

 Memperkenalkan kepada anda Ahli Lembaga Tadbir Badan Kebajikan Anank Jordan sesi 2018/2019 yang akan mengemudi BKAPJ sepanjang satu sesi ini. Moga semua urusan dipermudahkan Allah.

Tahniah dan Takziah atas perlantikan.

Sekian, Terima Kasih.

.: Kerana BKAPJ Keluarga Kita :.

Saturday, 17 March 2018

PERTANDINGAN FOTOGRAFI BKAPJ

 Assalamualaikum wbt,

Seperti yang diwar-warkan pada Kempen Jom Kenali Perak sebelum ini, Biro Publisiti dan Multimedia BKAPJ 17/18 akan mengadakan Pertandingan Fotografi, terbuka kepada semua ahli BKAPJ. Pertandingan ini bertemakan bebas dan pemenang akan diumumkan pada Program Mega BKAPJ pada akhir Mac ini.

Berikut merupakan syarat penyertaan:
1. Muatnaik gambat beserta caption yang menarik dan memberi inspirasi di Facebook.
2. Lengkapkan slogan "Saya Sayang BKAPJ kerana......" (tidak melebihi 15 patah perkataan) beserta hashtag #ukhwahdirasaiBKAPJdihati
3. Tag akaun Facebook rasmi Bkapj Mpmmj.

Tarikh tutup penyertaan: 26 Mac 2018


Jom ramai-ramai sertai pertandingan ini!

Disediakan oleh : Biro Publisiti dan Multimedia
.: Ukhuwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...