Thursday 5 March 2015

Pengenalan BKAPJ

SEJARAH AWAL BKAPJ

Pada 17 Februari 1995M satu badan penaja telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh saudara Ahmad Husni Hj Hassan bagi merangka draf perlembagaan dan penubuhan satu persatuan rasmi bagi pelajar-pelajar anak Perak di Jordan. Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak badan penaja dalam merangka draf perlembagaan dan dasar persatuan yang bakal ditubuh nanti sehingga memakan masa hampir satu tahun tiga bulan.

Akhirnya, badan penaja dapat merealisasikan impian setiap pelajar anak Perak untuk melihat satu persatuan rasmi yang telah dipersetujui namanya dengan Ikatan Mahasiswa Perak Jordan dengan ringkasannya IMPJ. Persatuan ni telah ditubuhkan secara rasmi pada 4 Mei 1996M bersamaan 15 Zulkaedah 1416H pada hari Khamis bertempat di Dewan Khalil bin Ahmad Farahidi di University of Jordan iaitu hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan IMPJ.

IMPJ ni bermotokan ‘Berilmu, Beramal dan Bertaqwa. OIeh yang demikian, adalah menjadi dasar utama IMP kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalankan pengurusan dalam segala hal yang berkaitan kebajikan dan akademik para pelajar Perak berlunaskan kesyumulan Islam. Selain itu, matlamat penubuhan IMP ini ialah :

(I) Sebagai badan penggalak kepada para pelajar Perak di Malaysia untuk menyambung pelajaran di Jordan.
(ii) Meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar Perak.
(iii) Mengeratkan tali persaudaraan dan semangat muhibbah dalam kalangan pelajar.
(lv) Menjaga kebajikan pelajar Perak di Jordan.

Nama pertubuhan terpaksa ditukarkan , sekali lagi IMP bersalin nama kepada Badan Kebajikan Anak Perak Jordan atau ringkasnya BKAPJ dalam Bahasa Melayu. Nama ni telah memenuhi salah satu kreateria syarat sebagai pertubuhan rasmi . Seterusnya para ahli telah mengarahkan urusan pengiktirafan ni kepada jawatankuasa Penaja BKAPJ dalam merangka sekali lagi draf penlembagaan BKAPJ tanpa membuat pembubaran IMP. Tindakan ni dilakukan sebagai menghargai sumbangan perintis IMP yang telah menyatupadukan anak-anak Perak di Jordan dalam sebuah keluarga.

Maka dengan itu, Mesyuarat Agung Penubuhan BKAPJ telah diadakan secara rasmi pada tarikh 19 Jun 1999M bersamaan 6 Rabi’ul Awal 1420 hijrah pada hari Sabtu. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengesahkan draf perlembagaan untuk menjadi dustur BKAPJ. Struktur organisasi BKAPJ telah diperkemaskini agar Iebih teratur dan terancang dalam menjalankan khidmat kebajikan kepada ahli.


OBJEKTIF

BKAPJ menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan dan panduan utama dalam melaksanakan objektif utama penubuhan ni iaitu :

1) Memberi khidmat kebajikan kepada ahli BKAPJ.
2) Menyatukan Mahasiswa Islam Perak dalam satu persatuan.
3) Bertindak sebagai badan penggerak ke arah kecermerlangan ahli dalam semua bidang.
4) Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli.
5) Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain.


MOTTO

“Berilmu Beramal Bertaqwa”

Gabungan tiga elemen penting dalam setiap individu muslim yang sebenar iaitu ilmu, amal dan taqwa. Ia juga melambangkan misi dan visi setiap mahasiswa dan mahasiswi Perak yang datang untuk menimba llmu dan pulang untuk berbakti kepada masyarakat.


KEAHLIAN

Keahlian terbahagi kepada 3 iaitu Ahli Rasmi, AhIi Bersekutu serta Ahli Kehormat. Skop keahlian adalah seperti berikut:

Ahli Rasmi
1) Setiap pelajar muslim di Jordan yang berumur tidak kurang dari 15 tahun.
2) Lahir atau menetap di Perak.
3) Tidak menjadi ahli tetap kepada Badan Kebajikan Anak Negeri lain.

AhIi Bersekutu
1) Pelajar-pelajar yang bukan dari negeri Perak yang berkahwin dengan ahli rasmi Perak.
2) Setiap ahli tetap Badan Kebajikan Anak Negeri lain yang lahir atau menetap di Perak.

Ahli Kehormat
1) Setiap ahli BKAPJ yang telah tamat pengajian dan ingin meneruskan keahliannya.
2) Suami atau isteri ahli rasmi yang bukan pelajar.


ORGANISASI

Struktur organisasi BKAPJ terdiri daripada Ahli Majli Tertinggi serta AhIi Badan Pentadbiran. Ahli Majlis tertinggi di ketuai oleh searang Presiden dan 7 jawatan lagi dibawahnya. Manakala Ahli Badan Pentadbir pula pada asalnya terdiri daripada Biro-biro yang mana kini ditukar mengikut kesesuaian pada setiap sesi. Selain daripada itu terdapat juga Lembaga Penasihat bagi Ahli Majlis Tertinggi serta Ahli Badan Pentadbir BKAPJ.

Lembaga Penasihat
(Terdiri dari kalangan mahasiswa dan mahasisiwi yang dipilih)

Ahli Majlis Tertinggi
Presiden (siswa)
Timbalan Presiden (siswa)
Naib Presiden (siswi)
Setiausaha Agung (siswa)
Timbalan Setiausaha Agung (siswa)
Naib Setiausaha Agung (siswi)
Bendahari Agung (siswa)
Timbalan Bendahari Agung (siswi)


AKTIVITI SERTA PROGRAM

BKAPJ juga banyak menjalankan aktiviti serta program berdasar dan berteraskan kebajikan kepada anak-anak Perak yang berada di Jordan. Aktiviti dan program merangkumi program-program ilmiah seperti forum, ceramah, kursus dan sebagainya. Aktiviti luaran turut menjadi agenda aktiviti kami seperti mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat bersejarah, sukaneka dan pelbagai lagi aktiviti luaran. Objektif kami supaya setiap ahli bukan sahaja menjadi mahasiswa yang hebat di bidang akademik malah mempunyai fikiran yang matang dan bernas bersesuaian dengan cabaran yang bakal mereka tempuhi sebagai mahasiswa dan mahasiswi muslim abad baru.


HUBUNGAN


Sehingga ke hari ni BKAPJ telah mengadakan hubungan dengan beberapa Badan Kebajikan Anak Negeri yang lain di Jordan serta Persatuan Mahasiswa Malaysia di universiti-universiti tempatan (Jordan). Hubungan rasmi juga telah dijalinkan di antara pihak persatuan dan juga pihak Majlis Jabatan Agama Islam Perak serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semenjak mula ditubuhkan lagi. Selain dari itu, BKAPJ berharap supaya di masa-masa yang akan datang hubungan dua hala dapat dijalinkan dengan persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia di Timur Tengah juga di Malaysia sendiri serta di seluruh dunia agar dapat bertukar maklumat serta pengalaman untuk dikembalikan kepada ahli sebagai satu sumbangan. BKAPJ juga merupakan Badan Kebajikan Anak Negeri yang disatukan di bawah bumbung Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM).

No comments:

Post a Comment

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...