Monday, 23 March 2015
Sunday, 8 March 2015
Dokumen Pengurusan Zakat 14/15
DOKUMEN PENGURUSAN ZAKAT SESI 14/15
DOKUMEN BAGI
PELAJAR BARU
·
SALINAN KAD
PENGENALAN
·
SALINAN SIJIL
KELAHIRAN
·
SALINAN SIJIL
PENGAJIAN (SPM,STAM / STPM / IDADI / THANAWI
/LAIN-LAIN)
·
SALINAN SURAT
TAWARAN / TASDIK KULIAH /
ISBAT TOLIB (BAHASA INGGERIS)
·
SALINAN KAD
PENGENALAN IBU BAPA / PENJAGA
·
SALINAN PENYATA
PENDAPATAN IBU BAPA / PENJAGA ATAU
SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN IBU BAPA /
PENJAGA DARIPADA KETUA
KAMPUNG / PENGHULU
KAWASAN ATAU PERSATUAN PELAJAR PERAK
·
SALINAN VISA /
PASPORT KELUAR NEGARA
·
SALINAN SURAT
KEBENARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE
LUAR NEGARA DARI KEMENTERIAN
PENDIDIKAN / KERAJAAN MALAYSIA
·
LAIN – LAIN
DOKUMEN
DOKUMEN BAGI
PELAJAR LAMA
- TASDIK
KULIAH / ISBAT TOLIB (BAHASA INGGERIS)
- KASYFUL
ALAMAH
- PENYATA
GAJI PENJAGA
- LAIN – LAIN
DOKUMEN
STEP
PENGURUSAN ZAKAT
Badan yang
menjadi penghubung antara pihak MAIPK di Malaysia & ahli BKAPJ dalam urusan
Zakat di bawah pengurusan Biro Pengurusan
Zakat sesi
2014/2015
AHLI BADAN KEBAJIKAN ANAK PERAK JORDAN
PIC ZAKAT
MANTIQAH
( IRBID – AMMAN
–MAFRAQ – MU’TAH )
BIRO PENGURUSAN ZAKAT BKAPJ
PEGAWAI HAL EHWAL
PELAJAR ( TIMUR TENGAH )
ATAU TERUS KE
MALAYSIA
MAJLIS
AGAMA ISLAM PERAK MALAYSIA
SELEPAS MESYUARAT DI PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK,KEPUTUSAN
KELUAR SAMA ADA
LULUS ATAU GAGAL
A L A M A T P E N G H U B U N G :-
PIC ZAKAT
MANTIQAH
( IRBID – AMMAN
–MAFRAQ – MU’TAH )
BIRO PENGURUSAN
ZAKAT BKAPJ
ABDUL HAKIM B NADZRI (
SITI NURFARAH BT MOHD AZHAR (0775477256)
PEGAWAI HAL EHWAL
PELAJAR ( TIMUR TENGAH )
USTAZ MUNAUWIR
+201122141005
(PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR MESIR-JORDAN)
Pejabat Perhubungan Pelajar (Asia Barat-Mesir) (Embassy Of
Malaysia)
Perak Student’s Hostel
23 HASAN ZAYYED STREET,7TH DISTRICT,NASR CITY, CAIRO ARAB REPUBLIC
OF EYGPT.
MAJLIS AGAMA
ISLAM PERAK MALAYSIA
Tingkat
1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000
Ipoh, Perak.
Tel. No : 05-2084000 Fax. No: 05-2414257
Tel. No : 05-2084000 Fax. No: 05-2414257
ENCIK AZRIL
+60195518787
(PEGAWAI URUSAN TEKNIKAL BORANG SISTEM ONLINE)
PUAN SYUKRIAH
+6052084085
(PEGAWAI URUSAN ZAKAT : CEK STATUS ZAKAT PEMOHON)
Thursday, 5 March 2015
Pengenalan BKAPJ
SEJARAH AWAL BKAPJ
Pada 17 Februari 1995M satu badan penaja telah ditubuhkan
dan dipengerusikan oleh saudara Ahmad Husni Hj Hassan bagi merangka draf
perlembagaan dan penubuhan satu persatuan rasmi bagi pelajar-pelajar anak Perak
di Jordan. Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak badan penaja
dalam merangka draf perlembagaan dan dasar persatuan yang bakal ditubuh nanti
sehingga memakan masa hampir satu tahun tiga bulan.
Akhirnya, badan penaja dapat merealisasikan impian setiap
pelajar anak Perak untuk melihat satu persatuan rasmi yang telah dipersetujui
namanya dengan Ikatan Mahasiswa Perak Jordan dengan ringkasannya IMPJ.
Persatuan ni telah ditubuhkan secara rasmi pada 4 Mei 1996M bersamaan 15
Zulkaedah 1416H pada hari Khamis bertempat di Dewan Khalil bin Ahmad Farahidi
di University of Jordan iaitu hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan
IMPJ.
IMPJ ni bermotokan ‘Berilmu, Beramal dan Bertaqwa. OIeh yang
demikian, adalah menjadi dasar utama IMP kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam
menjalankan pengurusan dalam segala hal yang berkaitan kebajikan dan akademik
para pelajar Perak berlunaskan kesyumulan Islam. Selain itu, matlamat penubuhan
IMP ini ialah :
(I) Sebagai badan penggalak kepada para pelajar Perak di
Malaysia untuk menyambung pelajaran di Jordan.
(ii) Meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar
Perak.
(iii) Mengeratkan tali persaudaraan dan semangat muhibbah
dalam kalangan pelajar.
(lv) Menjaga kebajikan pelajar Perak di Jordan.
Nama pertubuhan terpaksa ditukarkan , sekali lagi IMP
bersalin nama kepada Badan Kebajikan Anak Perak Jordan atau ringkasnya BKAPJ
dalam Bahasa Melayu. Nama ni telah memenuhi salah satu kreateria syarat sebagai
pertubuhan rasmi . Seterusnya para ahli telah mengarahkan urusan pengiktirafan ni
kepada jawatankuasa Penaja BKAPJ dalam merangka sekali lagi draf penlembagaan
BKAPJ tanpa membuat pembubaran IMP. Tindakan ni dilakukan sebagai menghargai
sumbangan perintis IMP yang telah menyatupadukan anak-anak Perak di Jordan
dalam sebuah keluarga.
Maka dengan itu, Mesyuarat Agung Penubuhan BKAPJ telah
diadakan secara rasmi pada tarikh 19 Jun 1999M bersamaan 6 Rabi’ul Awal 1420
hijrah pada hari Sabtu. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengesahkan draf
perlembagaan untuk menjadi dustur BKAPJ. Struktur organisasi BKAPJ telah
diperkemaskini agar Iebih teratur dan terancang dalam menjalankan khidmat
kebajikan kepada ahli.
OBJEKTIF
BKAPJ menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan dan
panduan utama dalam melaksanakan objektif utama penubuhan ni iaitu :
1) Memberi khidmat kebajikan kepada ahli BKAPJ.
2) Menyatukan Mahasiswa Islam Perak dalam satu persatuan.
3) Bertindak sebagai badan penggerak ke arah kecermerlangan
ahli dalam semua bidang.
4) Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli.
5) Bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain.
MOTTO
“Berilmu Beramal Bertaqwa”
Gabungan tiga elemen penting dalam setiap individu muslim
yang sebenar iaitu ilmu, amal dan taqwa. Ia juga melambangkan misi dan visi
setiap mahasiswa dan mahasiswi Perak yang datang untuk menimba llmu dan pulang
untuk berbakti kepada masyarakat.
KEAHLIAN
Keahlian terbahagi kepada 3 iaitu Ahli Rasmi, AhIi Bersekutu
serta Ahli Kehormat. Skop keahlian adalah seperti berikut:
Ahli Rasmi
1) Setiap pelajar muslim di Jordan yang berumur tidak kurang
dari 15 tahun.
2) Lahir atau menetap di Perak.
3) Tidak menjadi ahli tetap kepada Badan Kebajikan Anak
Negeri lain.
AhIi Bersekutu
1) Pelajar-pelajar yang bukan dari negeri Perak yang
berkahwin dengan ahli rasmi Perak.
2) Setiap ahli tetap Badan Kebajikan Anak Negeri lain yang
lahir atau menetap di Perak.
Ahli Kehormat
1) Setiap ahli BKAPJ yang telah tamat pengajian dan ingin
meneruskan keahliannya.
2) Suami atau isteri ahli rasmi yang bukan pelajar.
ORGANISASI
Struktur organisasi BKAPJ terdiri daripada Ahli Majli
Tertinggi serta AhIi Badan Pentadbiran. Ahli Majlis tertinggi di ketuai oleh
searang Presiden dan 7 jawatan lagi dibawahnya. Manakala Ahli Badan Pentadbir
pula pada asalnya terdiri daripada Biro-biro yang mana kini ditukar mengikut
kesesuaian pada setiap sesi. Selain daripada itu terdapat juga Lembaga
Penasihat bagi Ahli Majlis Tertinggi serta Ahli Badan Pentadbir BKAPJ.
Lembaga Penasihat
(Terdiri dari kalangan mahasiswa dan mahasisiwi yang
dipilih)
Ahli Majlis Tertinggi
Presiden (siswa)
Timbalan Presiden (siswa)
Naib Presiden (siswi)
Setiausaha Agung (siswa)
Timbalan Setiausaha Agung (siswa)
Naib Setiausaha Agung (siswi)
Bendahari Agung (siswa)
Timbalan Bendahari Agung (siswi)
AKTIVITI SERTA PROGRAM
BKAPJ juga banyak menjalankan aktiviti serta program
berdasar dan berteraskan kebajikan kepada anak-anak Perak yang berada di
Jordan. Aktiviti dan program merangkumi program-program ilmiah seperti forum,
ceramah, kursus dan sebagainya. Aktiviti luaran turut menjadi agenda aktiviti
kami seperti mengadakan lawatan-lawatan ke tempat-tempat bersejarah, sukaneka
dan pelbagai lagi aktiviti luaran. Objektif kami supaya setiap ahli bukan
sahaja menjadi mahasiswa yang hebat di bidang akademik malah mempunyai fikiran
yang matang dan bernas bersesuaian dengan cabaran yang bakal mereka tempuhi
sebagai mahasiswa dan mahasiswi muslim abad baru.
HUBUNGAN
Sehingga ke hari ni BKAPJ telah mengadakan hubungan dengan
beberapa Badan Kebajikan Anak Negeri yang lain di Jordan serta Persatuan
Mahasiswa Malaysia di universiti-universiti tempatan (Jordan). Hubungan rasmi
juga telah dijalinkan di antara pihak persatuan dan juga pihak Majlis Jabatan
Agama Islam Perak serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semenjak mula
ditubuhkan lagi. Selain dari itu, BKAPJ berharap supaya di masa-masa yang akan
datang hubungan dua hala dapat dijalinkan dengan persatuan-persatuan mahasiswa
Malaysia di Timur Tengah juga di Malaysia sendiri serta di seluruh dunia agar
dapat bertukar maklumat serta pengalaman untuk dikembalikan kepada ahli sebagai
satu sumbangan. BKAPJ juga merupakan Badan Kebajikan Anak Negeri yang disatukan
di bawah bumbung Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM).
Subscribe to:
Posts (Atom)
AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH
[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...

-
YBHG. Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar dilahirkan di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan . Beliau mendapat pendidikan awal d...
-
TENGKOLOK , destar atau setanjak merupakan nama yang sering digunakan bagi hiasan kepala golongan lelaki Melayu. Tengkolok merupakan antar...