Friday 10 June 2016

[[ KENALI BKAPJ 16/17 ]]

[[ KENALI BKAPJ 16/17 ]]

SEJARAH AWAL BKAPJ

Pada 17 Februari 1995M satu badan penaja telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh saudara Ahmad Husni Hj Hassan bagi merangka draf perlembagaan dan penubuhan satu persatuan rasmi bagi pelajar-pelajar anak Perak di Jordan. Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak badan penaja dalam merangka draf perlembagaan dan dasar persatuan yang bakal ditubuh nanti sehingga memakan masa hampir satu tahun tiga bulan.

Akhirnya, badan penaja dapat merealisasikan impian setiap pelajar anak Perak untuk melihat satu persatuan rasmi yang telah dipersetujui namanya dengan Ikatan Mahasiswa Perak Jordan dengan ringkasannya IMPJ. Persatuan ni telah ditubuhkan secara rasmi pada 4 Mei 1996M bersamaan 15 Zulkaedah 1416H pada hari Khamis bertempat di Dewan Khalil bin Ahmad Farahidi di University of Jordan iaitu hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan IMPJ.




IMPJ ni bermotokan ‘Berilmu, Beramal dan Bertaqwa. OIeh yang demikian, adalah menjadi dasar utama IMPJ kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalankan pengurusan dalam segala hal yang berkaitan kebajikan dan akademik para pelajar Perak berlunaskan kesyumulan Islam. Selain itu, matlamat penubuhan IMPJ ini ialah :

(i) Sebagai badan penggalak kepada para pelajar Perak di Malaysia untuk menyambung pelajaran di Jordan.
(ii) Meningkatkan prestasi akademik dalam kalangan pelajar Perak.
(iii) Mengeratkan tali persaudaraan dan semangat muhibbah dalam kalangan pelajar.
(iv) Menjaga kebajikan pelajar Perak di Jordan.

Nama pertubuhan terpaksa ditukarkan, sekali lagi IMPJ bersalin nama kepada Badan Kebajikan Anak Perak Jordan atau ringkasnya BKAPJ. Nama ini telah memenuhi salah satu kreateria syarat sebagai pertubuhan rasmi. Seterusnya para ahli telah mengarahkan urusan pengiktirafan ni kepada jawatankuasa Penaja BKAPJ dalam merangka sekali lagi draf penlembagaan BKAPJ tanpa membuat pembubaran IMPJ. Tindakan ni dilakukan sebagai menghargai sumbangan perintis IMPJ yang telah menyatupadukan anak-anak Perak di Jordan dalam sebuah keluarga.

Maka dengan itu, Mesyuarat Agung Penubuhan BKAPJ telah diadakan secara rasmi pada tarikh 19 Jun 1999M bersamaan 6 Rabi’ul Awal 1420H pada hari Sabtu. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk mengesahkan draf perlembagaan untuk menjadi dustur BKAPJ. Struktur organisasi BKAPJ telah diperkemaskini agar lebih teratur dan terancang dalam menjalankan khidmat kebajikan kepada ahli.


Jemput singgah anak-anak Perak semua di laman facebook BKAPJ: Bkapj Mpmmj

dan juga jangan lupa follow instagram BKAPJ:  bkapjordan


:: Ukhuwah Penyatu, Kebajikan No 1 ::

No comments:

Post a Comment

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...