Thursday 21 December 2017

UCAPAN PENGHARGAAN

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana perjalanan 5 orang anak-anak Perak ke bumi Jordan untuk melanjutkan pelajaran telah selamat sampai ke destinasi yang dituju. Penerbangan tersebut adalah pada hari Rabu 30 Ogos 2017, dan telah diiringi oleh Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk, Ustaz Zulkhairi.

Oleh itu, kami amat berbesar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaann kepada pihak-pihak yang berikut :

1. Kepada Ustaz Zulkhairi, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk kerana sudi menjadi pengiring dan sudi melawat anak-anak Perak yang berada di Jordan.

2. Kepada pihak Smb Irbid kerana bersusah-payah menguruskan segala urusan pelajar-pelajar baru di Irbid.

3. Kepada pihak Permata Jordan kerana sudi menerima kehadiran ustaz sebagai tetamu sepanjang Sambutan Aidil Adha tahun ini.

4. Kepada semua pihak yang terlibat, samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan dan melancarkan urusan ini.









Semoga segala susah-payah dan pengorbanan yang dilakukan mendapat ganjaran dan keberkatan di sisi Allah swt. Semoga juga, semua anak-anak Perak yang masih menuntut ilmu di sini semakin bersemangat dan dapat mengekalkan momentum untuk terus berjihad dalam perjuangan menuntut ilmu.

.: Ukhwah Dirasai, BKAPJ Di Hati :.

No comments:

Post a Comment

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...