Friday 3 February 2017

Sembang Santai bersama wakil rakyat

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah Program Sembang Santai bersama Wakil Rakyat Perak pada petang tadi telah selesai dijalankan. Program ini diadakan di Rumah Operasi Bkapj bertempat di Amman, Jordan.

Majlis dimulakan dengan sedikit jamuan ringan, sesi taaruf bagi semua yang hadir, sedikit perkongsian daripada panel jemputan dan sesi soal jawab antara ahli Bkapj dan delegasi Perak yang sudi berkongsi ruang dan pandangan.

"Antum semua, terutamanya yang akan pulang ke tanah air tidak lama lagi, harus bersedia dan sudah ada perancangan ke mana antum akan berada apabila tiba di Perak nanti. Antum semua sudah kena fikir apa perubahan yang akan antum buat dan lakukan di tempat antum. Sampai bila nak menyorok di dalam rumah. Graduan dari Jordan, terutama yang berasal dari negeri Perak memang dinantikan oleh semua orang. Sebabnya bilangan kita tak ramai. Jadi muka-muka inilah yang kita akan tunggu dua tiga tahun akan datang. Kita akan tengok perubahan dan perjuangan mahasiswa-mahasiswa dari Jordan di Malaysia nanti. Lebih-lebiih lagi antum yang belajar agama. Perjuangan terhadap agama kita sendiri siapa lagi yang nak tegakkan kalau bukan kita" -YB Ustaz Zawawi Hassan-










Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua rombongan delegasi yang hadir dari Perak, para pimpinan Bkapj, pelaksana program, ahli yang hadir, serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan semua pelajar dapat menyemai dan menanam azam dan semangat yang baru dalam diri untuk terus berjuang, berkhidmat dan menyumbang di tanah air kita apabila pulang nanti.

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 :

No comments:

Post a Comment

AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...