Sunday, 25 December 2016

Solat Hajat Mantiqah Mutah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi, telah berlangsungnya Majlis Solat Hajat sempena Imtihan Nihaie buat semua anak Perak dan Kelantan yang berada di mantiqah Mu'tah semalam.
Program ini berjaya dijalankan dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) dan telah dijalankan di Puskma.









Terima kasih diucapkan kepada ahli kedua-dua BKAN yang turut memeriahkan majlis malam tadi.
Semoga semua mahasiswa dipermudahkan menjawab peperiksaan dan mendapat keredhaan Tuhan.

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

Friday, 25 November 2016

It's our Syitak :)

Asslamualaikum wbt.

Apa khabar anak-anak Perak semua? Harapnya semua berada di tahap kesihatan yang memberangsangkan. Memandangkan musim sejuk sudah mula menonjolkan diri, kami ingin menyampaikan sedikit pesanan dan tips untuk menghadapi musim sejuk kepada semua :-

1. Amalkan minum minuman yang panas.
2. Mandi dengan air suam.
3. Pastikan badan anda dilap sehingga kering sebelum keluar dari bilik air.
4. Berpakaian tebal dan selesa.
5. Sentiasa membasuh tangan untuk elakkan sebarang jangkitan kuman.
6. Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Tingkatkan pengambilan air untuk membuang toksin.
8. Tidur awal dan bangun sebelum subuh untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.





Selamat menghadapi musim sejuk!


:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

Sunday, 6 November 2016

TAAWUN

[[ TAAWUN ]]

Assalamualaikum,

BKAPJ 2016/2017 menyeru kepada kepada sahabat-sahabat untuk menyumbang wang kepada unit Taawun. Wang dalam unit Taawun insya Allah akan diberikan semula kepada sahabat-sahabat kita yang kurang bernasib baik sama ada dalam bentuk pinjaman atau sumbangan. Oleh itu, jangan buang masa lagi yeop ! Mari menyumbang !!



*sumbangan wang anda boleh diserahkan kepada perwakilan mantiqah masing-masing
*segala persoalan boleh ditanyakan kepada Akh Megat Aiman Hakim.

:: Ukhuwah Penyatu, Kebajikan No.1 ::

Muhasabah Separuh Sesi Pimpinan BKAPJ 16/17

4 NOVEMBER 2016 || Jumaat || Rumah BKAPJ, Amman

Alhamdulillah, telah selesai mesyuarat muhasabah antara pimpinan BKAPJ untuk separuh sesi yang telah berlalu.



Diharapkan, untuk separuh sesi lagi yang berbaki, sama-sama terus menggalas amanah dan tanggungjawab dengan ikhlas dan bersemangat, demi kebaikan BKAPJ bersama.

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

DIRGAHAYU TUANKU :)

Assalamualaikum wbt.

Sempena ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah, kami mengucapkan semoga Tuanku sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah Taala.

Dirgahayu Tuanku :)



:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

Friday, 21 October 2016

[[ SEMBAH TAHNIAH ]]

[[ SEMBAH TAHNIAH ]]
PELANTIKAN YANG DI-PERTUAN AGONG & TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Ikhlas dari : Badan Kebajikan Anak Perak Jordan

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::




[[ KENALI BKAPJ 16/17 ]]

[[ KENALI BKAPJ 16/17 ]]

Video Korporat BKAPJ
Badan Kebajikan Anak Perak Jordan

Sila klik link youtube :
Video Korporat BKAPJ 16/17

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::

Sunday, 4 September 2016

KEPULANGAN DELEGASI

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi telah berakhirnya Program Ramah Mesra Mahasiswa Bersama Delegasi Perak dengan jayanya di setiap mantiqah iaitu Amman, Mafraq, Irbid dan Mu'tah.

Kami mewakili anak Perak Jordan mengucapkan ribuan terima kasih kepada delegasi iaitu Ustaz Munawir dan Ustaz Musanif kerana sudi meluangkan masa serta berkongsi cerita dan ilmu bersama anak Perak Jordan.

Ustaz Munawir telah berangkat ke Mesir semalam dan Ustaz Musanif berangkat ke Malaysia pada hari ini.



Semoga Ustaz Munawir dan Ustaz Musanif selamat tiba ke destinasi kepulangan masing-masing.

::Ukhuwah Penyatu, Kebajikan No 1::

Saturday, 3 September 2016

PERTEMUAN EMJ BERSAMA DELEGASI PERAK

[[ PERTEMUAN EMJ BERSAMA DELEGASI PERAK ]]

1 SEPTEMBER 2016

Pertemuan antara Education Malaysia Jordan(EMJ) dengan Delegasi Perak.

Prof Madya Dr. Ahmad Sohaimi Bin Lazim
-Pengarah EMJ

Ustaz Kamarulzaman Bin Mustappa
-Pegawai Atase Pendidikan EMJ

Ustaz Musanif Bin Mohamad Noh
-Timbalan Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pendidikan JAIPk

Ustaz Munawir Bin Mohamad Noh
-Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak




:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::


Tuesday, 30 August 2016

RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI

[[ RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI ]]

Assalamualaikum w.b.t

Khas untuk anak-anak Perak Jordan.
Sukacitanya memaklumkan bahawa Badan Kebajikan Anak Perak Jordan akan mengadakan Program Ramah Mesra Mahasiswa Bersama Delegasi Perak sempena kedatangan delegasi tersebut ke Jordan.

Delegasi yang akan hadir bagi program ini ialah :
Ustaz Munawir Bin Mohamad Noh
-Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak
Ustaz Musanif Bin Mohamad Noh
-Timbalan Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pendidikan JAIPk

Delegasi ini akan berkunjung ke setiap mantiqah pada :
1. AMMAN - 30/8/2016
2. MU'TAH - 2/9/2016
3. MAFRAQ - 31/8/2016
4. IRBID - 31/8/2016

Makanan disediakan :D

Moh le kite sama-sama memeriahkan program. Jumpe di sana !


UCAPAN SELAMAT DATANG

[[ UCAPAN SELAMAT DATANG ]]

Assalamualaikum w.b.t,

Ahlan Wasahlan diucapkan kepada pelajar-pelajar baru ke bumi Syam. Kami warga Badan Kebajikan Anak Perak Jordan amat berbesar hati menyambut kehadiran kalian.

Semoga kedatangan kalian dapat menambah keceriaan hidup bermasyarakat kita di sini dan memupuk semangat kecintaan kalian menuntut ilmu di tanah yang penuh barakah ini. InsyaAllah.

:: Ukhuwah Penyatu Kebajikan No 1 ::


AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH

[ AGIHAN BARANG ASASI ‘WE SHARE, WE CARE’ MANTIQAH MU’TAH ] Assalamualaikum WBT. Pada 25 Disember 2019, perwakilan BKAPJ Mu’tah ...